Assalamualaikum... Hai lama dah aku tak post kan. Hah tengok tajuk pun dah tahu. Kenapa? Bukan lahh.. Bukan tak nak masuk mana-mana tapi buat sementara aku masuk form 6 dahulu. Kenapa form 6 sebabnya sekolah yang aku pilih ni adalah sekolah yang berada berdekatan sahaja dengan rumah aku. Kata lainnya aku duduk luar lah. Haha kelakar je rasa. Sebab selama ni aku duduk asrama. Jadi nak berubah angin la katakan. Ok aku nak cerita la serba sedikit perjalanan semalam semasa mendaftar di sekolah baru.
Perasaan mula-mula masuk ke pintu pagar fuhhhh.....berdebar sehhh . Haha sebabnya semua benda baru. Dengan debaran didada aku dah kawan aku berjalan menuju ke dewan. Ok dah siap daftar dengar taklimat sikit. Kitaorang dibahagikan kumpulan. 1-6 kumpulan ada. Bilangan lelaki tak ramai pun ada 8 orang je. Perempuan ada hampir 40 la.. Adalah ice breaking macam biasa. Sesi suai kenal. Dah kenal kena bincang visi sekolah.. Insan terdidik Negara Sejahtera..
Bukan itu sahaja tau. Kena olah apa makna disebalik tu. Bagi huraianlah. Setiap kumpulan kena bentang. Kumpulan aku dapat 8/10 markah. Oklah. Sebab aku pun menyumbangkan idea bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Ok lepas tu tamat sesi hari semalam.
Hari ini pula dimulakan dengan aktiviti santai. Kena main kira nombor. Buat bulatan lepas itu duduk ikut huruf depan nama sendiri. Lepas tu tukar dari nama ke tarikh lahir..bulan lahir. Dan akhirnya kena tulis no 4 terakhir IC kita. Lepas tu cikgu kumpulkan dan secara rawak kena pilih. Lepas itu kena cari pula siapa pemilik no tu. Haha. Aku dapat lelaki punya no ic. Padanlah nak gi cari. Lepas tu dengar taklimat kenapa tentang form 6. Lepas tu duduk dalam kumpulan. Kena lukis sebuah kereta dan setiap yang ada pada kereta kena sinonimkan dengan ahli kumpulan. Lepas itu nyatakan kenapa dia tu diletakkan di bahagian kereta itu. Ok lepas tu kena isi borang kerjaya. Haha walaupun masuk f6 kemanusiaan tapi pilihan tetap dapat dan minat bahagian sains. Nak buat cam ne kan. Dan berakhirlah slot untuk hari ini. Tibalah masa yang ditunggu iaitu BALIK..... haha. Balik tu part yang paling best. So far aku rasa sekolah tu sesuai dengan jiwa aku. Walaupun pada hari 1 rasa macam nak lari balik. Dengan menyesalnya ada. Sedih tinggalkan sekolah lamalah. Macam-macamlah perasaan ada. Tapi alhamdulillah. Hari ini semua berjalan dengan lancar. Haaa esok aku bakal jadi pengacar majlis. Bukan apa aku nak menonjolkan diri dalam pengacaraan majlis. Boleh dapat point lebih tau. Lagi satu dapat bina keyakinan dalam diri. Bukan senang tau nak berdiri di hadapan sambil mengacara majlis. So aku suka sahut cabaran. Dan aku suka buat sesuatu yang baru. Benda yang baru akan mendatangkan pengalaman yang baru buat aku. Berharap akan bermanfaag buat aku. Harap esok tak gugup sangat la. Sebab hari ni semangat gila nak jadi pengacara majlis. Seronok ok. Aku yakin aku mampu lakukannya. Semoga berjaya. Chaiyok..chaiyok... in shaa Allah boleh. Erm ok la sampai di sini sahaja coloteh aku. Penat juga. Sebabnya hari ini aku berpuasa sunat. Haaaa lama tak latih diri berpuasa. tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. In shaa Allah semoga aku sempai bertemu dengan bulan yang mulia itu. Tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan. Sebab fadhilat dan manfaat dalam bulan itu sangat banyak. Sangat rugilah jika kita sebagai umat Islam tidak merebut peluang menyambut bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Ok la panjang pula berceritanya. Doakan aku esok ya. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment