Saturday, November 7, 2015

Stranger people!!!

Assalamualaikum.... Hai semua. Lama aku menyepikan. Haha.. Sekejap apa? Nak tanya pasal SPM aku ke.. Hei boleh tahan. Bagi aku boleh jawab lagi lah. Tapi tu lah ada kekeliruan sikit tentang soalan sejarah. Hah kenapa sejarah? Wooow sejarah tak kan mungkin berulang lah. Dah yang dah lepas biarkan je lepas. Kita fokus yang masih berbaki ni. Hhaha kenapa aku boleh ada masa nak penuhkan blog ni? Sebab aku ada masalah. Tapi nanti aku pergi study lah. Jangan risau ok.

Aku cuma nak ceritakan pengalaman baru aku je ni. Baru je sekejap tadi berlaku. Hahh jangan fikir bukan-bukan lah. Benda biasa je. Biasa je lah kut untuk korang. Tapi luar biasa untuk aku. Sebab apa luar biasa untuk aku? Sebabnya hah sama macam tajuk aku malam ni. Tengok kat atas sendirilah. Apa dah tak reti baca ke? Haha ok saja je. Ni hah pengalaman berbual dengan orang asing. Memang orang asing pun dia tinggal dekat England. Hahah seronok kut England tu.

Ok cerita dia macam ni. Tadi aku yang kebosanan ni duk la main chatting. Tiba-tiba seorang mamat England ni SAM nama dia nak minta pendapat aku. Weh jadinya malam ni aku jadi seorang penasihat kepada orang asing. Betul-betul pelik dan menakjubkan.

Ahh mood aku hilang pula. Dah lah ringkaskan cerita yang pasti malam ni aku jadi penasihat kepada remaja yang bermasalah. Umur lagi tua dari aku kut. Ok Assalamualaikum..

Tuesday, October 6, 2015

SPM BOHHH!!!!!!

Assalamualaikum.. Hai lama betul aku tak update cerita kan. Ok nak cerita apa ya? Hahaha tak banyak lah perkara nak cerita. Sebabnya aku dah nak exam. SPM beb. Bukan exam biasa ok. Exam besar lagi. Tapi mesti pelikkan sebab apa aku boleh ada masa lagi nak update blog kan. Huhuhu biasalah tu. Jika ada masa kena ambil peluang walaupun masa yang ada sangat singkat. (hahahaha ketawa jahat)

Ahhhh entah tak tahu nak cerita apa lagi. Tapi kalau nak tanya  tentang keputusan trial aku baik tak payahlah. Sebabnya agak worst tahu. Kalau nak tahu juga aku hanya dapat 3A je. Nak kejar ke 11A agak2 boleh ke? Inshaa Allah boleh. Kalau aku pulun sungguh-sungguh masa yang ada ni.

Weh oklah tak banyak masa ni. Nak kena balik Asrama dah. Tata. Lepas SPM pula aku sambung bergiat dalam blog ni ye. Assalamualaikum...






p/s: Doakan kejayaan ku dan rakan-rakan seperjuangan ye.. Jumpa lagi lain kali..





 
me with jannah iskandar..


Friday, July 3, 2015

Hari Sukan punya gambar



tahun 2015 punya tema : futureristic
dan rumah Sigma pilih DORAEMON sebagai maskot.
Dapat tempat ke-2 dari 4 rumah sukan.
Alhamdulillah tak sia-sia usaha kami semua. 
Sayang semua ahli rumah Sigma.

Hah nak sambung love story atau hari sukan ni?

Assalamualaikum.. alahai lama betul tak update. Tup-tup dah masuk bulan Ramadhan pun. Sekarang pun dah 17 Ramadhan. Aku rasa baik kita cerita pasal bulan Ramadhan kan. Nanti-nantilah sambung cerita cinta monyet aku dengan hari sukan tu. Hahaha... cerita baru banyak ada tau.

Ok hari pertama Ramadhan aku berpuasa seperti biasa. Semangatlah katakan. Kawan-kawan aku yang lain ada yang tak boleh puasa tu (CUTI) katanya,aku ni ketawakan mereka saja. Iyalah aku tahun lepas berpuasa penuh. Tapi sedap ketawakan orang lain akhirnya aku pun mendapat (CUTI). Hahaha baru padan muka dengan aku kan. Ketawakan orang lain lagi, Ok jadinya aku tak berpuasa selama 7 hari. Ahhh hari aku berlalu dengan sangat gembira. Penat-penat di sekolah balik asrama apa lagi makan lah. Oppss... Tapi bukan makan nasi atau apa-apa yang beratlah. Sekadar untuk mengalas perut yang berbunyi macam apa tu..

Ok masa kat sekolah pun ada jugalah curi-curi makan dengan kawan-kawan yang (CUTI) yang lain. Hehehe maaf ya. Makan sorok-sorok tahu. Nanti nampak dekat budak lelaki hai bukan main kena boo nanti. Tapi sorok-sorok pun akhirnya ketahuan juga dengan budak lelaki. Tapi yang aku masih pelik sampai sekarang macam mana boleh budak lelaki tahu yang budak perempuan tu cuti. Musykil tahu. Ada aku dengar yang budak lelaki memang boleh cam budak perempuan tu boleh solat ke tidak. Katanya dengan lihat kening budak perempuan. Kalau berserabut hah ya lah tu. CUTI lah tu. Tapi tak mungkin betulkan. Sebab mungkin dari perubahan emosi,sikap boleh jadi jugakan.

Hah lepas tu, budak lelaki tahu je kitaorang tak boleh puasa apa lagi kena mengejek la. Malu tu malu juga tapi dah nak buat macam mana lumrah hiduplah kan. Tapi yang aku tak bolehnya si Lat tu. Ishh mulut dia. Ya Allah sabar jelah dengan perangai dia. Huhu mujur ada muka kalau tak tolak tepi dah.

Ok-ok cukup tentang tu. Masuk pula dugaan masa puasa ni. Bermacam-macam dugaan aku dapat. Salah satu daripadanya dugaan nafsu. Bukan nafsu makan tapi nafsu lain. Mata. Sepatutnya mata pada bulan puasa kita perlu menjaganya juga,tapi aku gagal untuk melakukannya. Sebab aku ada minat seorang budak lelaki ni, dah duduk satu sekolah.Ada pula di satu bumbung yang sama lagilah. Kat sekolah nampak dia,kat surau,kat dewan makan. Sampai kat bazaar Ramadhan dekat asrama pun nampak dia. Face to face. Huh aku ni masa dekat bazaar Ramadhan tu ada kawan menjual-jual sikit. Jual air. Aku ni tak boleh suka benda-benda macam ni. Jadi apa lagi pergi lah ikut tolong sekaki.

Hari tu dia ada minta aku belanja air. Satu air RM2. Aku tak kisah sangat sebenarnya,tapi nak belanja dia yang aku kisah tu. Dia tu siapa pada aku. Dahlah budak lower form dari aku tahu. Hahaha jadi dah tahu kana aku minat budak lower form. Budak lower form beb. Tapi nak buat macam mana dah nak TERminat. Bukan minta minat pun.

Aku minat dia bukan nak sampai jadikan teman lelaki yang istimewa tu. Aku dah tak main benda-benda mengarut gini. Dah insaf. Insaf-insaf juga tapi satu je yang aku tak boleh nak elakkan lagi iaitu bercakap dengan lelaki tanpa ada apa- apa yang penting. Kita kan pelajar sekolah jadi nak elakkan perkara macam tu agak payah sikit bagi aku. Kalau galak-galak tak adalah. Perkara macam tu hanya boleh dengan budak perempuan saja. Budak lelaki says no.

Sampai sekarang aku cuba untuk perbaiki diri ni. Kawan aku ada beli buku Tarbiah Sentap. Selkarang aku tengok macam jadi trend orang ramai membeli buku tu. Bukan apa tapi kalau baca saja tak sentap,tak berubah tak jalan juga. Tapi aku ada perasanlah yang kawan-kawan aku sudah sedikit demi sedikit berubah menjadi orang yang lebih baik daripada dulu. Alhamdulillah. Moga aku pun cuba untuk perbaiki diri ni. Tak perlu melakukan perubahan secara drastik sebab takut-takut berubah bukan dengan seikhlas hati,tapi sebab nak ikut orang atau mungkin sebab ada orang yang suruh berubah.

Alhamdulillah juga aku ucapkan buat kawan-kawan yang lain. Sebab ada aku perasan budak lower form yang dulunya tidak memakai stokin untuk menutup aurat mereka mula ada yang pakai. Bukan nak cakap apa,dulu pun aku tak pakai stokin.Lepas saja tahu yang bahagian kaki juga merupakan aurat kita,maka aku ambil langkah untuk menutupnya.Mulanya aku agak liat juga iyalah sebab tak biasa. Macam leceh pun ada. Sebab nak kena tutup segala bagai ni. Tapi betul cakap orang bila dah jadi biasa kita dah tak kisah. Malah jadi janggal bila tak pakai masa berjalan keluar dari asrama dan rumah.

Aku pun bersyukur yang mak aku pun sudah mula memakai stokin. Walaupun agak kadang-kadang tapi cubaan dia untuk berubah sudah ada. Macam yang aku cakap biar perlahan-lahan asalkan berterusan. Jangan secara mendadak tapi sekejap saja. Ahhhh dah pukul berapa ni? What 8.30 pagi dah. Huhu aku rasa itu saja untuk masa ini. Sebab dah rasa terlalu lama aku membebel kat sini. Padahal rasa macam banyak perkara lagi aku nak ceritakan. Ahhhh biarlah. Ok pesanan untuk semua harap berpuasa penuh dan menjalankan ibadat pada bulan Ramadhan tahun ini dengan seikhlasnya. Jangan membazir ketika berbuka. Ingat yang kita perlu makan dengan sedikit saja ketika berbuka. Bukan enteng puasa. Tapi melatih diri untuk makan dengan kadar yang sedikit. Oh sebelum terlupa jangan lupa untuk memeriahkan malam Ramadhan dengan solat terawih berjemaah ok. Assalamualaikum.

Friday, April 17, 2015

Hari Sukan..

Assalamualaikum. Hai kembali semula aku kat dunia blog ni. Ok cakap pasal blog aku kalau selalu buka mesti seronok nak bercerita pada hari kejadian tu. Tapi nak buat macam mana kena tunda cerita-cerita yang berlaku dulu.

Ok,sukan sekolah tahun ini agak seronok berbanding tahun-tahun lepas. Mana tak nya tahun ini aku dan kawan-kawan yang lain perlu memantau segalanya sebab dah form 5 kan. Tapi perjalan masa sebelum hari sukan itu sangatlah menyeksakan. Aku lagi dengan jadi bendahari rumah Sigma(biru) itu satu kerja yang sangat memeningkan dan menyeksakan jiwa dan raga aku. Iyelah mana tak nya nak minta semua ahli Sigma bayar yuran sebanyak RM10 itu bukan senang tahu. Minta sekali bayar sekali. Tak minta tak bayar-bayarlah. Bila minta saja macam-macam alasan ada. Tak ada duitlah, lupa nak bawa duitlah, esoklah,macam-macam lagilah. Naik hantu juga aku nak kutip yuran tu.

Lagi satu bila cikgu rumah Sigma asyik tanya. "Awak duit mana??" Aku apa lagi macam-macam alasan lah juga. "Maaf cikgu ramai lagi yang tak bayar". Hehehe maaf cikgu saya tahu tanggungjawab saya sebagai Aminatul Sonduk. Kutip duit. Tapi bila nak kutipnya mereka tu banyak alasannya. Ada sekali tu aku kena marah dengan cikgu sebab lambat sangat serahkan duit dekat dia. Aku bukan apa semua ahli Sigma tu ada yang tinggal dekat luar bukan semuanya tinggal di asrama ok. Lepas tu yang perempuan dan lelaki kami asing-asingkan. Takkan semua aku nak kutip kan. Jadi yang bertanggungjawab atas lelaki Aidil namanya. Aku suruhlah Aidil yang kutip bahagia lelaki.

Sampaikan Aidil dah naik bosan kut sebab aku asyik tanya dia siapa yang tak bayar lagi. Aidil pula boleh eah dia buat muka serabut dia DEPAN AKU. Aku pun malas dah lah nak asyik tanya kau je. Aku pun tahu kau sibuk sangat. Sampaikan tak ada masa nak uruskan semua tu. Aku ni jelah yang tak sibuk. Boleh main-main lagi. Kelas memang tak memanjang ada pun. Dengan 11 subjek yang aku ambil boleh lagi aku rasa nak uruskan semua kut. Geram aku dengan kau Aidil. Weh agaklah aku ni perempuan hati sensitif ok. Aku stress dengan semua tu sampai aku tak tahan diri ni tahu.
Aku tak kuat macam orang lain. Aku pun dengan dah malas nak tunggu-tunggu budak-budak lain yang tak bayar lagi jadi aku dahulukan duit aku. Adalah dalam RM40 aku dulukan duit aku.
Nak tunggu bayar memang tak akan makan budak-budak tu. Jadi masalah tu selesai.

Datang lagi satu masalah yang lain, apa masalahnya? Aku kena masuk lompat tinggi bawah 18 tahun. Hoi! Lompat tinggi kut. Aku tak pernah-pernah main selama aku dah naik sekolah menengah ni.
Zaman sekolah rendah adalah,tapi masa dah besar ni tak terfikir nak main pun. Jadi apa lagi aku dengan kawan aku Akmal,main jelah. Aku jelah pakai main. Akmal ok je. Sebab dia tinggi dan memang pernah main lompat tinggi tu. Aku ni dah lah pendek. Huishh tak dapat bayangkan bagaimana aku melompat. Hah petang Isnin, dua hari lagi sebelum acara pertandingan lompat tinggi. Akmal dengan aku turun latihan. Tapi yang terkilannya sempat buat sekejap je.Aku yang tak pandai ni terkial-kial berlatih melompat.

Dalam rumah Sigma ada seorang yang memang arif dengan acara lompat tinggi ni. Nama dia Iwan. Iwan tu pula datang tengok je aku yang tak pandai main ni. Malu seh. Dia ajar guna mulut je. Kaki kena lompat macam mana, badan tu kena lentik. Alahai memang aku boleh pun Iwan.
Iwan...Iwan.

Esoknya,Selasa aku masih tak berapa nak pandai melompat. Petang tu aku dengan Akmal nekad nak kitaorang saja yang berlatih. Budak lelaki jangan sibuk. Tapi apa yang berlaku ada seorang cikgu ni menengur aku punya kaki salah. Aku pada mulanya ok saja. OK kau kena tukar cara kaki kau tu. Bila aku nak tukar tu aku tak lepas lompat. Sebab aku tak ada semangat. Semangat aku semua dah hilang. Hilang bersama kata-kata cikgu. Aku cuba lagi. Cuba lagi. Semuanya gagal. Aku gagal untuk melompat. Aku jadi stress. Sebab aku rasa aku tak boleh. Aku nak ambil jalan mudah. Tarik diri. Tak perlu nak main dah. Tapi Akmal dia cakap aku boleh. Aku mulanya takut nak cuba sebab dah berkali-kali cuba tak lepas. Aku tahan lagi diri ni supaya jangan menangis. Tapi aku tak kuat weh. Akhirnya aku menangis juga. Aku bertambah sedih dengan kata-kata Akmal. Dia tu cakap memang tak bertapis dah. Tapi aku tahu dia sekadar cakap apa yang betul saja.

Akhirnya aku balik asrama dengan tangisan yang berbaki di pipi. Masa nak balik tu cikgu ada pula. Apa lagi cikgu tanya lah aku ok ke tidak. Maaf cikgu saya stress jadi saya pergi macam tu saja. Balik bilik ambil barang terlarang(telefon bimbit) pergi naik tinggkat atas aku menangis. Lepas tu nak dekat maghrib tu aku telefon mak aku. Apa lagi mengadulah aku dekat mak aku. Mak aku berilah nasihat yang aku kena juga buat yang terbaik esoknya. Huh tak pernah-pernah aku mengadu dekat mak aku tahu. Tapi nak buat macam mana mak aku je yang boleh tenangkan aku. Lama jugalah aku menangis. Aku pun fikir positif. Kembalikan semula semangat yang hilang tu. Aku pun balik bilik semua. Aku yakin esok aku buat saja. Nak jadi apa. Jadilah.

Esoknya aku berdebar tak payah nak cakaplah macam mana. Macam nak terkeluar jangtung  ni. Hahaha kau Iwan bagi semangat dekat aku. Jadi bila dah Iwan kata aku boleh aku pun cuba yang terbaik. Akhirnya top 3 kut. Aku lepas sampai jadi tiga orang yang terakhir. Akmal tak payah cakaplah dia lepas je. Aku tak lepas pada ketinggian nak capai 120 cm. Akmal je yang lepas. Dia dapat no 1 kut. AHHH, bangga aku dengan dia. Aku pun bangga dengan diri aku sebab dah berjaya mendapat tempat ketiga.

Hari Rabu tu aku masuk dua acara.Tapi aku hanya mampu menyumbang gangsa kepada rumah Sigma. Acara 400m aku tewas. Huhuhu tak apa asal aku dapat pingat untuk tebus balik kekalahan dalam acara olahraga MSSD. Ok itu saja cerita hari -1 untuk sukan tahunan sekolah aku. Bersambung kemudian,sebab perut aku dah berbunyi tanda masa untuk makan. Ok harap semua seronok membaca cerita ini. Assalamualaikum.

Saturday, April 4, 2015

Gaduh kah??

Assalamualaikum.. Hai dah berhabuk agaknya blog aku ni. Hurm maklumlah dah lama tak update. Ok,tengok dekat tajuk macam seronok je. Tak adalah serono mana pun. Biasalah budak asrama pantang dah jadi senior adlah naik tocang tu.

Nak tahu cerita apa??
Tak sebenarnya cerita gaduh kecil-kecilan saja. Biasalah senior tak puas hati dekat pelajar junior. Pelajar junior pula pantang kalau pelajar senior buat hal, maka bila budak junior tegur secara tidak beradap sedikit mulalah budak senior naik angin.

Sampai buat perjumpaan dua-dua batch pula tu. Kesian betul pelajar form1 dan form 2 tu. Mereka tak bersalah pun ada individu yang buat habis semua kena. Ish3 kesiankan.

Lagi satu pelajar senior tu bukan apa tak perlulah sampai panggil-panggil nak jumpa bagai. Hai macam dah jadi orang lama kat sekolah tu je gaya. Hello sorry sikit kau tu budak baru eah. Maaf cakap budak baru buat cara budak baru ok.

Nak buat macam kau ada kat sekolah lama kau, pergi balik sanalah..
Budak-budak senior lain pun terima je kalau budak junior tegur. Tak adanya nak buat perjumpaan macam "mesyuarat tingkap" ni.

Buang masa je. Baik kau pergi study sebab dah nak SPM kan. Ke dah pandai sangat sebbab tu suka buang masa kan.

Bukan apa adalah beberapa perkara yang aku kurang berminat dalam diri kau tu. Walaupun kau kawan aku dari kecil tak bermakna semua yang kau buat aku kena sokong. Aku pun tak tahu nak tegur kau macam manalah. Bila tegur sikit adalah ayat yang kau boleh rangka nak balas apa yang aku cakapkan. Semua kau nak betul.

Aku ni malas nak cara pasal benda-benda remeh ni. Buang masa aku tahu.
Kau nak buat apa buatlah, jangan ganggu hidup aku dan orang yang tak berkenaan dah lah..
Ramai pula orang sokong kau kan. Lepas satu kejadian ni aku memang dah tengok kau dari sudut yang berbeza tahu.

Tak nak cakap lebih aku diam je. MALAS..Malas nak layan perangai kau ni.
Lagi satu berani kau kan buat perjumpaan satu form. Hal kecil je kut kenapa libatkan semua sekali.
Aku malas tahu tak sebab biasalah budak lelaki gurau-gurau kasar.
Tak sahlah lelaki tak bergurau macam tu.
Weh kalau diaorang tak buat macam tu siapa lagi nak ceriakan hidup kau hah??
Nanti budak-budak ni juga yang kau cari.
Aku memang tabik dengan budak lelaki lah, memang malas nak besarkan hal yang kecil, budak lelaki senang je minta maaf dan apa lagi tutup kes lah.

Kau juga yang cakap lepas ni malas nak cakap belakang. Tapi aku rasa kau yang cakap belakang balik rasanya.. So?
Fikir-fikir sendiri lah beb. Nak tegur nanti kau tu kuat melenting. Naik angin sama laju dengan mulut kau tu. Dah lali beb semua perkataan yang aku malas nak dengar. Cakaplah kau nak cakap apa-apa pasal aku. Tak kisah. Aku boleh hidup sendirilah. Tak ada kawan boleh cari kawan yang lagi baik yang sanggup tegur aku kalau aku salah. Bukan macam.... Malaslah nak cakap kan.

Ok penat dah bebel. Sampai sini jelah. Huissh sakit juga tangkai hati ni bila ingat balik kejadian malam tu. Dahh malas nak ingat. Tatata. Assalamualaikum sekian.