Assalamualaikum.. alahai lama betul tak update. Tup-tup dah masuk bulan Ramadhan pun. Sekarang pun dah 17 Ramadhan. Aku rasa baik kita cerita pasal bulan Ramadhan kan. Nanti-nantilah sambung cerita cinta monyet aku dengan hari sukan tu. Hahaha... cerita baru banyak ada tau.
Ok hari pertama Ramadhan aku berpuasa seperti biasa. Semangatlah katakan. Kawan-kawan aku yang lain ada yang tak boleh puasa tu (CUTI) katanya,aku ni ketawakan mereka saja. Iyalah aku tahun lepas berpuasa penuh. Tapi sedap ketawakan orang lain akhirnya aku pun mendapat (CUTI). Hahaha baru padan muka dengan aku kan. Ketawakan orang lain lagi, Ok jadinya aku tak berpuasa selama 7 hari. Ahhh hari aku berlalu dengan sangat gembira. Penat-penat di sekolah balik asrama apa lagi makan lah. Oppss... Tapi bukan makan nasi atau apa-apa yang beratlah. Sekadar untuk mengalas perut yang berbunyi macam apa tu..
Ok masa kat sekolah pun ada jugalah curi-curi makan dengan kawan-kawan yang (CUTI) yang lain. Hehehe maaf ya. Makan sorok-sorok tahu. Nanti nampak dekat budak lelaki hai bukan main kena boo nanti. Tapi sorok-sorok pun akhirnya ketahuan juga dengan budak lelaki. Tapi yang aku masih pelik sampai sekarang macam mana boleh budak lelaki tahu yang budak perempuan tu cuti. Musykil tahu. Ada aku dengar yang budak lelaki memang boleh cam budak perempuan tu boleh solat ke tidak. Katanya dengan lihat kening budak perempuan. Kalau berserabut hah ya lah tu. CUTI lah tu. Tapi tak mungkin betulkan. Sebab mungkin dari perubahan emosi,sikap boleh jadi jugakan.
Hah lepas tu, budak lelaki tahu je kitaorang tak boleh puasa apa lagi kena mengejek la. Malu tu malu juga tapi dah nak buat macam mana lumrah hiduplah kan. Tapi yang aku tak bolehnya si Lat tu. Ishh mulut dia. Ya Allah sabar jelah dengan perangai dia. Huhu mujur ada muka kalau tak tolak tepi dah.
Ok-ok cukup tentang tu. Masuk pula dugaan masa puasa ni. Bermacam-macam dugaan aku dapat. Salah satu daripadanya dugaan nafsu. Bukan nafsu makan tapi nafsu lain. Mata. Sepatutnya mata pada bulan puasa kita perlu menjaganya juga,tapi aku gagal untuk melakukannya. Sebab aku ada minat seorang budak lelaki ni, dah duduk satu sekolah.Ada pula di satu bumbung yang sama lagilah. Kat sekolah nampak dia,kat surau,kat dewan makan. Sampai kat bazaar Ramadhan dekat asrama pun nampak dia. Face to face. Huh aku ni masa dekat bazaar Ramadhan tu ada kawan menjual-jual sikit. Jual air. Aku ni tak boleh suka benda-benda macam ni. Jadi apa lagi pergi lah ikut tolong sekaki.
Hari tu dia ada minta aku belanja air. Satu air RM2. Aku tak kisah sangat sebenarnya,tapi nak belanja dia yang aku kisah tu. Dia tu siapa pada aku. Dahlah budak lower form dari aku tahu. Hahaha jadi dah tahu kana aku minat budak lower form. Budak lower form beb. Tapi nak buat macam mana dah nak TERminat. Bukan minta minat pun.
Aku minat dia bukan nak sampai jadikan teman lelaki yang istimewa tu. Aku dah tak main benda-benda mengarut gini. Dah insaf. Insaf-insaf juga tapi satu je yang aku tak boleh nak elakkan lagi iaitu bercakap dengan lelaki tanpa ada apa- apa yang penting. Kita kan pelajar sekolah jadi nak elakkan perkara macam tu agak payah sikit bagi aku. Kalau galak-galak tak adalah. Perkara macam tu hanya boleh dengan budak perempuan saja. Budak lelaki says no.
Sampai sekarang aku cuba untuk perbaiki diri ni. Kawan aku ada beli buku Tarbiah Sentap. Selkarang aku tengok macam jadi trend orang ramai membeli buku tu. Bukan apa tapi kalau baca saja tak sentap,tak berubah tak jalan juga. Tapi aku ada perasanlah yang kawan-kawan aku sudah sedikit demi sedikit berubah menjadi orang yang lebih baik daripada dulu. Alhamdulillah. Moga aku pun cuba untuk perbaiki diri ni. Tak perlu melakukan perubahan secara drastik sebab takut-takut berubah bukan dengan seikhlas hati,tapi sebab nak ikut orang atau mungkin sebab ada orang yang suruh berubah.
Alhamdulillah juga aku ucapkan buat kawan-kawan yang lain. Sebab ada aku perasan budak lower form yang dulunya tidak memakai stokin untuk menutup aurat mereka mula ada yang pakai. Bukan nak cakap apa,dulu pun aku tak pakai stokin.Lepas saja tahu yang bahagian kaki juga merupakan aurat kita,maka aku ambil langkah untuk menutupnya.Mulanya aku agak liat juga iyalah sebab tak biasa. Macam leceh pun ada. Sebab nak kena tutup segala bagai ni. Tapi betul cakap orang bila dah jadi biasa kita dah tak kisah. Malah jadi janggal bila tak pakai masa berjalan keluar dari asrama dan rumah.
Aku pun bersyukur yang mak aku pun sudah mula memakai stokin. Walaupun agak kadang-kadang tapi cubaan dia untuk berubah sudah ada. Macam yang aku cakap biar perlahan-lahan asalkan berterusan. Jangan secara mendadak tapi sekejap saja. Ahhhh dah pukul berapa ni? What 8.30 pagi dah. Huhu aku rasa itu saja untuk masa ini. Sebab dah rasa terlalu lama aku membebel kat sini. Padahal rasa macam banyak perkara lagi aku nak ceritakan. Ahhhh biarlah. Ok pesanan untuk semua harap berpuasa penuh dan menjalankan ibadat pada bulan Ramadhan tahun ini dengan seikhlasnya. Jangan membazir ketika berbuka. Ingat yang kita perlu makan dengan sedikit saja ketika berbuka. Bukan enteng puasa. Tapi melatih diri untuk makan dengan kadar yang sedikit. Oh sebelum terlupa jangan lupa untuk memeriahkan malam Ramadhan dengan solat terawih berjemaah ok. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment