Tuesday, August 2, 2016

Hari-Hari Di Sekolah

Assalamualaikum... Wah lama betul aku tak menuliskan. Hurm,, sebenarnya tak ada yang menarik pun. Cuma nak cerita tentang suasana berada di sekolah semula. Dah macam lagu pula. Come Back School.. Baby Come Back School.... Ohhhh... Sebenarnya perasaan aku macam sengsara sebabnya kena balik semula ke sekolah. Waaaa.... sedih ada sebab tak dapat sambung ke universiti. Tapi tak pe. Mungkin rezeki aku kat tingkatan 6. Oppsss... Kantoi sudah.. Hahahahaha... Oklah aku akhirnya sambung pelajaran di tingkatan 6. Tapi cuba bayangkan perasaan aku. Dulu bukan main tak nak masuk form6. Hahhh sekarang rasakan sendiri. Sedih weh..

Ok la cerita ni dah lama berlaku. Tapi berlaku lagi pada aku. Ceritanya aku patah semangat nak belajar. Sebab apa?? Sebab aku dapat cikgu yang macam nak merendahkan diri dan kemampuan aku. Wehh  aku tak sepatutnya cerita kan. Ok cikgu saya terasa hati sebenarnya tapi takpe. Saya akan cuba yang terbaik untuk perbaiki diri saya. Saya akan buktikan yang saya pun boleh berjaya. Cikgu tengok lah nanti. (SAKIT HATI NI TAU)...

Daripada aku cerita sad story baik aku cerita benda best. Hahhh baru-baru ni ada jamuan raya di sekolah. Seronoknya bolehlah tahan. Sebabnya berada di sekolah yang baharu.(BAHARUKE??) Hahah tak bermaksud nak kutuk. Tapinya aku tak boleh terima lagi yang sekolah tu dah jadi sekolah aku. Waaaaa... Memang taklah nak mengaku. Wehh aku dah tak de idea nak story. Aku bagi gambar jelah.. Haaaa tatplah puas-puas. Ok daaaaa.. Assalamualaikum...




ni kawan2 yang masuk f6 dari f5 sekolah seri





kelas lepas kena cat
ni bahagian depan kelas



Thursday, May 5, 2016

Sahabat

Assalamualaikum.. Hai. Nak tahu sebab apa aku tulis tajuk sahabat. Sebab aku rindu sahabat-sahabat aku semua. Nukilan ini khas aku tujukan buat sahabat aku yang sudah 5 tahun bersama. Bersama di sekolah menengah. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Entahlah. Aku rasa kita dah tak macam dulu. Aku sedih. Sebab aku rasa kita dah tak sama macam dulu. Berbeza sangat. Weh sahabat aku semua kenapa boleh jadi macam ini. Kita ni kan pernah bersama dulu. Adakah lepas habis sekolah semua buat hal masing-masing. Janganlah macam ni. Aku tak suka tengok kawan-kawan ada yang meminggirkan diri. Kalau boleh aku nak wujudkan ukhwah kita bersama. Biar kita kekal bersama selamanya. Aku tahu kita masing-masing ada kehidupan sendiri tapi kan kita sahabat. Tak asalah sahabat saling tolong-menolong. Aku harap sangat nanti bila kita buat perjumpaan semula semua akan tersenyum. Bukan bejumpa dengan muka yang masam. Tolonglah ya. Kawan-kawan semua aku nak semua tahu yang aku sayang semua. Walaupun ada yang perangai buruk sikit. Tak tahu adab sikit. Tak pe asal semua yang aku kenal. Walaupun tak kenal mana selama 5 tahun ni. Oklah aku tengah emosi ni jadi nak bercerita lebih aku tak mampu. Sampai sini sahaja nukilan hati aku ni. Ikhlas tau. Tak tipu. Nak cakap aku tipu cakaplah. Tak kisah. Asal semua faham apa yang aku nak sampaikan. Aku nak yang terbaik buat kita. Dalam masa mengejar dunia akhirat janganlah kita lupa dan tinggal. Sama-sama menuju destinasi yang kekal abadi. In Shaa Allah. Dengan izin dan usaha. Kita mampu. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

Form 6

Assalamualaikum... Hai lama dah aku tak post kan. Hah tengok tajuk pun dah tahu. Kenapa? Bukan lahh.. Bukan tak nak masuk mana-mana tapi buat sementara aku masuk form 6 dahulu. Kenapa form 6 sebabnya sekolah yang aku pilih ni adalah sekolah yang berada berdekatan sahaja dengan rumah aku. Kata lainnya aku duduk luar lah. Haha kelakar je rasa. Sebab selama ni aku duduk asrama. Jadi nak berubah angin la katakan. Ok aku nak cerita la serba sedikit perjalanan semalam semasa mendaftar di sekolah baru.

Perasaan mula-mula masuk ke pintu pagar fuhhhh.....berdebar sehhh . Haha sebabnya semua benda baru. Dengan debaran didada aku dah kawan aku berjalan menuju ke dewan. Ok dah siap daftar dengar taklimat sikit. Kitaorang dibahagikan kumpulan. 1-6 kumpulan ada. Bilangan lelaki tak ramai pun ada 8 orang je. Perempuan ada hampir 40 la.. Adalah ice breaking macam biasa. Sesi suai kenal. Dah kenal kena bincang visi sekolah.. Insan terdidik Negara Sejahtera..
Bukan itu sahaja tau. Kena olah apa makna disebalik tu. Bagi huraianlah. Setiap kumpulan kena bentang. Kumpulan aku dapat 8/10 markah. Oklah. Sebab aku pun menyumbangkan idea bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Ok lepas tu tamat sesi hari semalam.

Hari ini pula dimulakan dengan aktiviti santai. Kena main kira nombor. Buat bulatan lepas itu duduk ikut huruf depan nama sendiri. Lepas tu tukar dari nama ke tarikh lahir..bulan lahir. Dan akhirnya kena tulis no 4 terakhir IC kita. Lepas tu cikgu kumpulkan dan secara rawak kena pilih. Lepas itu kena cari pula siapa pemilik no tu. Haha. Aku dapat lelaki punya no ic. Padanlah nak gi cari. Lepas tu dengar taklimat kenapa tentang form 6. Lepas tu duduk dalam kumpulan. Kena lukis sebuah kereta dan setiap yang ada pada kereta kena sinonimkan dengan ahli kumpulan. Lepas itu nyatakan kenapa dia tu diletakkan di bahagian kereta itu. Ok lepas tu kena isi borang kerjaya. Haha walaupun masuk f6 kemanusiaan tapi pilihan tetap dapat dan minat bahagian sains. Nak buat cam ne kan. Dan berakhirlah slot untuk hari ini. Tibalah masa yang ditunggu iaitu BALIK..... haha. Balik tu part yang paling best. So far aku rasa sekolah tu sesuai dengan jiwa aku. Walaupun pada hari 1 rasa macam nak lari balik. Dengan menyesalnya ada. Sedih tinggalkan sekolah lamalah. Macam-macamlah perasaan ada. Tapi alhamdulillah. Hari ini semua berjalan dengan lancar. Haaa esok aku bakal jadi pengacar majlis. Bukan apa aku nak menonjolkan diri dalam pengacaraan majlis. Boleh dapat point lebih tau. Lagi satu dapat bina keyakinan dalam diri. Bukan senang tau nak berdiri di hadapan sambil mengacara majlis. So aku suka sahut cabaran. Dan aku suka buat sesuatu yang baru. Benda yang baru akan mendatangkan pengalaman yang baru buat aku. Berharap akan bermanfaag buat aku. Harap esok tak gugup sangat la. Sebab hari ni semangat gila nak jadi pengacara majlis. Seronok ok. Aku yakin aku mampu lakukannya. Semoga berjaya. Chaiyok..chaiyok... in shaa Allah boleh. Erm ok la sampai di sini sahaja coloteh aku. Penat juga. Sebabnya hari ini aku berpuasa sunat. Haaaa lama tak latih diri berpuasa. tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. In shaa Allah semoga aku sempai bertemu dengan bulan yang mulia itu. Tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan. Sebab fadhilat dan manfaat dalam bulan itu sangat banyak. Sangat rugilah jika kita sebagai umat Islam tidak merebut peluang menyambut bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Ok la panjang pula berceritanya. Doakan aku esok ya. Assalamualaikum..

Monday, February 22, 2016

LEPAK....

Assalamualaikum.. Hai dah lama kan tak dengar ceritaku yang serba sedap ni. Haha sedaplah sangat. Ok tajuk hari ini macam best je. LEPAK.
Apa lepak? Kalau dari segi maksud pun dah tahu yang lepak tu perbuatan yang tak berfaedah dan sia-sia. Iya ke? Mana tahu lepak ni sia-sia. Haaa siapa cakap. Dengan lepak ni macam-macam kita boleh buat.

Tak percaya? Ok aku cakaplah dari kau buat benda tak senonoh kat luar tu lagi baik lepak dengan kawan kat tempat yang elok sikit la. Macam kat perpustakaan ke.  Dekat kedai makan pun ok juga. Sebab sambil makan boleh berbual bersama. Nak-nak orang macam aku ni yang sekarang memang masa banyak terluang. Maklumlah tengah menunggu result SPM yang tak lama lagi nak keluar dah tu. Hai sebut tentang result cuak juga. Tapi apa-apapun keputusan yang aku dapat redha la dengan seadanya. Mana taknya aku rasa masa SPM dulu macam main-main je lebih. Haha. Maafku pinta. Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan.

Ok balik semula soal lepak. Aku selalu lepak kat tempat kerja kawan aku. Mana taknya tempat kerja dia dekat betul dengan rumah aku. Kedai menjual perabot dari Singapura. Kedai barang terpakai. Tapi barangan dia boleh tahanlah. Aku teman dia kerja sebab aku ni tak ada kerja. Pergi kat dia duduk berbual haaaa lama tau. Cakap itu cakap ini. Cerita macam-macam.

Haaa dulu aku pernah cakap pasal kerja kan. Dah berhenti dah. Sebabnya aku penat. Serius penat jugalah sebab kena angkat barang berat. Weh aku ni perempuan agaklah nak suruh angkat benda berat. Boleh jatuh peranakan. Aiii tak sanggup. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti sahaja. Dahlah balik malam. Anak dara tak elok balik malam tau. Tak molek. Nak-nak esoknya ayah aku nak pergi kerja malas nak susahkan dia.

Jadilah aku sekarang duk tanam anggur. Haha padahal tak kerja apa pun lagi. Aku rasa bebas sikit sebab plkn pun tak dapat lagi. Entahlah dapat ke tidak. Sebab nama aku tak tersenarai pun. Harap dapat sebab tak adalah buang masa duk rumah je kan. Tapi seronok juga teman kawan kat kedai. Dia ada kwan aku ada kawan nak berbual. Tak adalah bosan sangatkan. Hai macam dah menyimpang je topik aku hari ni . Aaaaaa biarlah. Bukan selalu. Ok aku dah penat menaip setiap patah perkataan ni semua. Mata pun macam dah suruh tutup. Petang tadi tak tidur teman kawan punya pasal. Ok apa-apapun aku gembira menjalani kehidupan seharian. Dalam masa lepak-lepak tu solat jangan lupa.

Solat itukan penting. Ok. Faham..  Dah... Siap Sekian untuk kali ini . Assalamualaikum. Selama malam.

p/s: doakan kejayaan aku dengan kawan-kawan. Tak lama dah result nak keluar kan. Ahhhhhhhhhh berdebarnya...

Wednesday, January 6, 2016

KERJA!!!

Assalamualaikum.. Hai lama dah aku tak ceritakan. Ok tajuk kat atas tu dah cakap pasal kerja. Kerja weh. Aku dah lah selama ni tak pernah kerja tetiba kena kerja kut. Ahhhh kat mana tu aku kerja kat kedai Rm2. Hahahaha.....Gelaklah. Panggillah aku akak kedai rm2 pun. Tak heran lah. Sebab dah biasa. Orang cakap apa alah bisa tegal biasa. Cehh gitu kau. (senyum sumbing)


Ok, aku nak cerita sikitlah. Kerja baru nak buat dah macam-macam dugaan aku dapat. Kenal dan tahu realiti kehidupan manusia yang bermacam ragam. Kau ingat senang?? Orang ni kadang-kadang susah nak faham tau. Iyelah sebab bermacam ragamnya. Mana taknya inilah itulah. Hai naik pening tahu kepala ni. Bila tak pernah jumpa orang yang ramai macam ni mulalah rasa nak lari. Tapi sorry to said.
Kau nak lari mana beb. Tak boleh nak larilah. Nak tak nak kena hadapinya juga. Itu namanya kita belajar. Belajar kenal dunia. Kalau tak pandai hah macam akulah jadinya.


Tadi petang punya cerita. Aku kena susun barang. Tapi barang aku semua dah siap susun. Jadi kerja aku dah beres dan siap sepenuhnya. Aku apa lagi meronda jelah kerjanya. Tengok pelanggan buat apa. Kalau ada barang yang senget susunannya aku betulkan. Itulah kerja aku. Jadi ada rakan kerja aku tu minta tolong masukkan barang dalam plastik. Kira duk kat kaunterlah.

Nak dijadikan cerita ada pelanggan tu beli barang banyak. Dia minta plastik besar tapi kedai manalah ada. Dia pula macam nak marah. Dengan muka tak puas hatinya. Entah apa-apa. Hishhh sakit pula hati bila ingat balik kejadian tu.

Ok dah siap masukkan semua barang adalah dalam 5 beg plastik yang dia kena angkut. Tapo boleh pula satu makanan ringan rosak. Nak tukar. Masa nak tukar tu dia nampak ada plastik besar kat belakang. Masalah sekarang plastik besar tu ada isi kat dalam. Makanan, dan makanan tu tak muat nak susun dah kalau keluarkan pun. Tapi punyalah degil dan keras kepala manusia tu boleh dia paksa aku ambilkan plastik tu. Dahlah dengan kulit hitamnya. Muka cemberutnya. Gila ahh salah hari bulan siap aku kena dengan lelaki tu. Dan tak lupa juga dia tu agak kurang ajar. Tak pergi sekolah agaknya.

Sudah banyak kali beritahu yang plastik tak ada dia nak juga. WEH SAKIT HATI TAU. Cakap dengan orang yang TAK ADA OTAK. Adapun letak kat lutut. Kepala lutut namanya.

Lepas tu boleh puan la dia paksa aku turunkan plastik yang ada makanan tu. Aku jadi malas nak gaduh-gaduh. Tanya rakan sekerja yang lain buat macam tak tahu je. Weh agaklah aku dah lah perempuan tak kan nak biarkan kena tindas kut. Aku tak boleh nak buat apa sebab kawan aku yang jaga cashier tu cakap ada plastik besar kat atas rak. Masalahnya bila aku cari tak jumpa. Lelaki tu pula ikut aku mana aku pergi. EEEEeeeeiiiii menyampah tau.

Sekali aku bagi jelah plastik tu. Dah tak ada pilihan dah. Lepas aku pula kena marah dengan kawan sekerja aku yang baik sangat tak tolong aku tadi. Macam apa punya kawan.
Pegi daa... Malas aku layan gitu. Dah tu 2 orang pula nak bash aku. Weh aku ni perempuan yang cepat tersentuh. Nak tak nak gugur juga air mata aku ni. Air mata gugur bukan sebab sedih tapi sebab marah dan rasa malu semua bercampur. Marah sebab perbuatan lelaki yang (tak faham bahasa) itu satu. Lagi marah dengan diri sendiri sebab bagi je plastik tu lepas tu akibatnya aku yang tanggung.

Malu sebab aku tak dapat tahan air mata ni nak gugur. Eh tak sempat gugur pun. Mengalir deras lagi macam sungai kat kampung aku tu. Hahaha iyelah tu. Nak tak nak terpaksa aku lari masuk tandas yang berbau harum.(SANGAT)...

Lepas tu aku terus diam tak cakap apa-apa pasal tu. Kawan aku tu dia tanya aku pun aku buat tak tahu je. Iyelah habis melayang pergi mood kerja aku sebab kejadian tu. Tapi nak tak nak aku paksakan juga muka ni nak kena senyum kat pelanggan. Walaupun terpaksa. Dah orang buat kita tak kan nak balas juga. Senyum dan redha jelah. Sabar dengan ujian yang Allah beri. Itu nama dia dugaan hidup. Itu baru sikit weh. Tu pun aku agak tak tahan juga lah.

Apa-apa pun aku harap lepas ni aku tak mengalirkan air mata lagi. Sebab aku ni agak cenggeng sikit orangnya. Maklumlah sekeras-keras batu kalau kena air lekuk juga. Hah macam tulah aku, Keras-keras kepala aku ni masih bertindak secara waras tau. Ok itu sahaja cerita dia. EHHH!! Lupa penamatnya yang sangat seronok. Akhirnya aku mengalah juga pergi la minta plastik besar sebab nak masukkan balik makanan yang terburai kat lantai tu. Sekali kau kawan aku yang jaga bahagian makanan tu yang susunkan untuk aku. Dia tak kata apa pun. Diam je susun makanan tu. Walaupun ruang tak ada tapi dia adakan juga. Akhirnya semua makanan tu dah tak ada kat atas lantai. Semua siap tersusun. Hahaha terima kasihlah sebab tak bising dan merungut. Sayang kau kawan. Hahaha dengar dia mampus aku.

Ok dah tamat sudah cerita hari ini. Lelahlah aku gini. Ok mata dah rabak macam apa. Esok nak kerja lagi. Jadi kena tidur awal. HUHUHU.... Awal lah sangat. Erm, ok selamat malam dunia. Assalamualaikum....





p/s: esok dapat gaji weh. baru 16 hari bekerja.. kerja pun sebab tunggu result ok.. isi masa lapang dari duk rumah goyang kaki duit tak masuk pun.

Saturday, November 7, 2015

Stranger people!!!

Assalamualaikum.... Hai semua. Lama aku menyepikan. Haha.. Sekejap apa? Nak tanya pasal SPM aku ke.. Hei boleh tahan. Bagi aku boleh jawab lagi lah. Tapi tu lah ada kekeliruan sikit tentang soalan sejarah. Hah kenapa sejarah? Wooow sejarah tak kan mungkin berulang lah. Dah yang dah lepas biarkan je lepas. Kita fokus yang masih berbaki ni. Hhaha kenapa aku boleh ada masa nak penuhkan blog ni? Sebab aku ada masalah. Tapi nanti aku pergi study lah. Jangan risau ok.

Aku cuma nak ceritakan pengalaman baru aku je ni. Baru je sekejap tadi berlaku. Hahh jangan fikir bukan-bukan lah. Benda biasa je. Biasa je lah kut untuk korang. Tapi luar biasa untuk aku. Sebab apa luar biasa untuk aku? Sebabnya hah sama macam tajuk aku malam ni. Tengok kat atas sendirilah. Apa dah tak reti baca ke? Haha ok saja je. Ni hah pengalaman berbual dengan orang asing. Memang orang asing pun dia tinggal dekat England. Hahah seronok kut England tu.

Ok cerita dia macam ni. Tadi aku yang kebosanan ni duk la main chatting. Tiba-tiba seorang mamat England ni SAM nama dia nak minta pendapat aku. Weh jadinya malam ni aku jadi seorang penasihat kepada orang asing. Betul-betul pelik dan menakjubkan.

Ahh mood aku hilang pula. Dah lah ringkaskan cerita yang pasti malam ni aku jadi penasihat kepada remaja yang bermasalah. Umur lagi tua dari aku kut. Ok Assalamualaikum..

Tuesday, October 6, 2015

SPM BOHHH!!!!!!

Assalamualaikum.. Hai lama betul aku tak update cerita kan. Ok nak cerita apa ya? Hahaha tak banyak lah perkara nak cerita. Sebabnya aku dah nak exam. SPM beb. Bukan exam biasa ok. Exam besar lagi. Tapi mesti pelikkan sebab apa aku boleh ada masa lagi nak update blog kan. Huhuhu biasalah tu. Jika ada masa kena ambil peluang walaupun masa yang ada sangat singkat. (hahahaha ketawa jahat)

Ahhhh entah tak tahu nak cerita apa lagi. Tapi kalau nak tanya  tentang keputusan trial aku baik tak payahlah. Sebabnya agak worst tahu. Kalau nak tahu juga aku hanya dapat 3A je. Nak kejar ke 11A agak2 boleh ke? Inshaa Allah boleh. Kalau aku pulun sungguh-sungguh masa yang ada ni.

Weh oklah tak banyak masa ni. Nak kena balik Asrama dah. Tata. Lepas SPM pula aku sambung bergiat dalam blog ni ye. Assalamualaikum...






p/s: Doakan kejayaan ku dan rakan-rakan seperjuangan ye.. Jumpa lagi lain kali..





 
me with jannah iskandar..