Saturday, October 18, 2014

Hey Puppy Love... ><) series 1

Hai..Assalamualaikum.. Okay story for today is about love. Do you know about love?? Of course you know wright. If not let me tell you about love. Today I will be your doctor love. Okay for me love is a feeling that come into our heart. Something that we not really sure about our feeling towards someone.

Hai nak terbelit lidah aku speaking english ni. Hehe saja cuba je tu. Ok dimana tadi, hah cinta. Cinta ini boleh ditakrifkan dengan pelbagai makna. Cinta pada seseorang seperti ibu kepada anak, cikgu kepada murid, anak kepada ibu bapa, dan kepada seseorang yang kita suka lebih dari seorang kawan.

Tapi cinta masa kita remaja ini bahaya sikit. Sebabnya cinta boleh buat seseorang itu buta. Nak tau tak cinta ini ada satu kuasa yang boleh seseorang itu buat apa saja yang mereka rasa betul.

Bahaya..Bahaya... Sekarang ini pun dah banyak kita dengan cerita budak perempuan remaja ikut teman lelakinya lari. Teman wanita kena cabul oleh teman lelaki sendiri. Ada tu sampai jadi buat perkara terkutuk dan salah disisi Islam.Ini semua gara-gara cintalah.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan..

Sebab itulah Islam melarang keras pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Apa ingat Islam ini suka-suki mengkongkong pergaulan kita semua ke?? Tidak sama sekali. Agama Islamlah yang banyak mengajar kita untuk menjadi seseorang yang lebih peka dengan menjaga maruah kita.

Sebagai perempuan kita kena pandai jaga diri. Jangan nak ikut sangat budaya barat. Ikut lelaki yang kita sendiri pun tak tahu latar belakang dan perangai dia macam mana. Aku bukanlah baik sangat. Aku pun ramai kawan lelaki. Tapi pandai-pandailah jaga diri. Jangan murah sangat jadi perempuan tu.

 Perempuan ini diibaratkan sebagai makanan. Contohnyalah, ada 2 buah gerai makanan di tepi jalan. Gerai-gerai dekat situ menjual jenis makanan yang sama. Gerai 1 makanan dekat situ semua bertutup cantik. Gerai 2 makanan dekat situ langsung tidak tutup. Siap ada lalat lagi. Kalau kita sebagai pembeli mesti akan cari makanan yang bertutup dan bersih, kan?? Lagi satu makanan yang bertutup cantik mesti kita tertanya-tanya apa isi dalamnya, kan?? Hah macam itulah perempuan. Kita mestilah menjadi seperti makanan yang bertutup cantik dan bersih.

Sebenarnya cinta ini kadang-kadang berlaku atas dasar terpesona dengan kecantikkan luaran sahaja. Iyelah lelaki pantang tengok perempuan yang cantik sikit mesti nak cuba ngorat. Perempuan pula bila dah memang Allah anugerahkan kecantikkan bukan nak jaga tapi makin nak orang tengok. Tunjuk dekat semua apa aset yang kita ada. Buat macam itu seronok ke?? Bagi aku buang masa.

Jangan cakap muslimah pun tak boleh cantik. Lagi cantik dari orang yang pakai baju tak cukup kain tu. Cakap tentang cinta... Cinta... Aku benci dengan perkataan cinta. Nak tau sebab apa aku pun pernah bercinta dahulu dan sekarang. Tapi itu semua hanyalah cinta monyet.

Bercinta masa tengah sekolah menengahlah yang paling tak boleh dipercayai. Nak-nak ada pula yang sudah mula bercinta seawal umur 11 tahun. Entah-entah bawah dari itu pun ada kan. *Cakap dekat orang aku pun sebenarnya pernah terjatuh dalam lubang percintaan seawal umur 11 tahun. Hahaha macam apa je bila ingatkan balik.

Cerita dia macam ini, masa aku darjah 5 aku terminat dengan seorang budak lelaki. Umur dia 1 tahun lebih tua dari aku. Nama dia En.R. Hehe mana boleh beritahu nama sebenar. Aku kenal dengan En.R masa dia baru masuk sekolah aku. Masa itu pula ada pertandingan merentas desa. Aku agak minat dengan sukan jadi aku pun sertailah. Tapi nak pergi itu kena buat pemilihan dulu. Tengok siapa yang boleh pergi.

Dipendekkan cerita En.R pun sertai pertandingan itu. Aku apa lagi bila tau dia masuk pemilihan merentas desa bukan main suka lagi. Maklumlah pertama kali terpandang dia hati terus terpaut dengan En.R. Ok kemudian, aku dengan dia pun berkenalanlah. Hehe sukanya.. *senyum lebar Lepas tu aku dengan dia terpilih masuk pertandingan merentas desa. *Akhirnya aku tak menang pun Trek merentas desa dia punyalah jauh. Nak mati kepenatan aku berlari dari garisan permulaan sampai ke garisan akhir.

Kemudian tak ada cerita menari sangat. Hidup aku berlalu macam biasa. Tibalah satu malam tu, masa itu prep malam. Hah aku masa sekolah rendah dah tinggal di asrama tau. *Padahal rumah betul sebelah asrama je.
Malam itu selepas kerja sekolah aku semua siap aku lepak-lepak je. Bosan tak tahu nak buat apa, tiba-tiba timbul idea gila nak minta biodata budak lelaki sama umur dengan aku. Lepas tu beri kertas tu dekat budak lelaki. Nak keluar dari bilik prep tu bukan senang wei. Kena lalu depan bilik warden dulu. Masa nak lalu tu warden siap tanya lagi nak pergi mana. Aku dengan muka seposennya cakap nak tanya kerja sekolah.. Hahaha lepas kut. Dah lepas tu kertas biodata selamat sampai dekat tangan kawan aku. Aku pun tunggulah kertas itu dipenuhi. Tiba-tiba malam aku baru nak masuk tidur kawan aku dah beri balik kertas itu dekat aku.

Mula-mula dapat gembira bukan main. Bila dah buka terkejut bukan main. Aku minta biodata orang lain tapi yang dekat tangan aku sekarang tu biodata En.R. Huh tak ke haru aku macam tu.*Minta peha dapatnya semua anggota. Malam tu apa lagi study pasal En.R lah..


                                                                                                                                     


 bersambung.....

                              p/s: cinta membuatkan aku tabah dan matang.. ^^)v

                                                                                   


Friday, October 3, 2014

Today story

Assalamualaikum.. Hah hari ini aku tak banyak masa nak cerita. Sebabnya masa yang ada pun aku banyak kerja nak buat. Ok nak tahu tak minggu depan aku exam upt4. I feel like crazy now. Because i don't study more enough. Ohlalala.... Nak jadi budak target tahun depan mesti result bagus kan. Dahlah result upt4 ni untuk TOV tahun depan.

Perghh... Terbaiklah kan. Dengan otak aku yang tak berapa nak boleh proses lagi ni. Dengan Add Math segala bagai... Biologi lagi lah tertanam terus. But, as soon as possible I must study for the last exam in form 4.

Hurm.. Aku nak kongsi banyak cerita lagi tapi kena tahan dulu cerita tu sebab nak fokus study punya pasal. *fokus konon tapi sempat lagi nak post something online berbagai lagi... Hampeh mu..

Ok lah tu je dulu nanti aku sambung lagi. Ini sekadar singgah sebentar sahaja.

Assalamualaikum....


                   p/s :  Hope me do the best for this examination.. ^ ^)  ^ _^ v

Saturday, September 20, 2014

Friend or enemy

Ok nak cerita pasal kawan atau musuh. Korang mesti ada samada kawan atau musuh. Kalau boleh kawan mesti nak ramai kan tapi musuh janganlah ada. Hah tulah kita tak nak pun ada musuh tapi tulah mesti ada je kawan yang tak suka perangai kita.

Ok nak kata aku baik *hakikatnya bukan baik mana pun tapi aku pun manusia juga. Aku tengah belajar untuk menjadi orang yang lebih baik. Menjadi aku yang lagi baik daripada sekarang ini. Aku pun kadang-kadang ada juga tak puas hati dengan kawan-kawan. Biasalah adat berkawan mesti ada gaduh-gaduh sikit,salah faham,tak puas hati. Itu semua lumrah hidup. Nak tak nak kena terima. Tapi kalau jenis macam aku yang suka pendam dalam hati ni memang susah sikitlah kan. Kalau nak marah kawan tu tak sampai hati. Pendam je dalam hati selagi boleh. Kalau dah tak boleh sangat aku mesti tulis dalam diari aku.

Haha kalau tengok-tengokkan balik hidup aku ni tak best mana pun. Belajar pun dah tak berapa sekarang. Maklumlah sejak masuk menengah atas ni otak jadi lembap...Slow... Hah hidup-hidup. Nak tak nak kena teruskan juga. Kawan?? Aku sekarang ni dah berkumpul balik dengan kawan-kawan dari sekolah rendah. Tapi tulah. Manusia berubahkan? Aku tak macam dulu dah. Kawan aku pun semua dah berubah perangai.

Kalau perangai baik tak pe. Ni makin teruk aku tengok adalah. Aduh awat kawan aku jadi lagu ni hah??
Nak tanya korang pun bukan korang tau kawan aku macam mana. Kawan....Kawan... Boleh tak kalau aku tak nak ada kawan??

 Rasa kalau hidup sendiri tak bergantung sangat dengan orang pun best juga pe. Bukan aku tak boleh hidup tanpa orang lain pun. Ni tak ada sampai kawan aku tu,nak gi makan kat dewan makan bila tak ada orang nak teman sanggup berlapar perut tak nak makan. Sebab malu. *malulah sangat . Menyampah aku.
Kalau aku lain lah tak ada orang pun gi je buat muka selamber... Dah lapar makan je lah.

Ok kalau cakap berkaitan musuh.... Aku ada musuh ke??
Hahahaha.... Manalah ada. Tapi tak tau lah kalau ada orang yang bermusuh dengan aku kan.
Kalau orang yang aku tak suka tu berlambak. Ramai tak terkira. *hahaha ketawa jahat. Ada aku kisah.
Orang yang aku tak suka tu bukan lah aku berdendam dengan dia ke..Rasa meluat tengok muka dia adalah. Hehe sorry ye. Aku tak suka kau orang sebab perangai kau orang yang buat aku serabut tahap apa tah...
Agak-agak lah kalau nak buat perangai pun. Kena ingat weh bukan semua orang boleh terima kau orang punya perangai. Kalau aku pun ada perangai buruk juga. Tapi berpada-padalah. Tengok keadaan eah. Bukan main redah je. Tak kira mana tempat kau nak buat perangai kau orang kan. Kat dalam surau pun jadi kan. Kalau kat surau pun buat hal berkaitan lain tak payah cakaplah. Aku?? Aku pun bukan baik aku akuinya. Tapi tak adalah dalam surau nak buat hal. Bising memekak,menjerit,ketawa,mengilai bagai pontianak... Gila tak ada otak namanya. Bila orang suruh diam mula lah kutuk belakang. Kata tulah inilah.

Itulah perangai orang yang paling aku tak suka. Buat bising tak kira tempat. Tak hormat orang lagi satu. *kalau nak cerita semua ni tak sempat..banyak sangat masalah dengan kawan
Cukup sampai sini dulu. Nanti ada masa aku cerita lagi. Macam-macam cerita ada..
Ok sekian..
Hey readers.. I still new in blog. So hope everyone can help me or teach me about this thing. *ceh speaking bohh
Ok cerita pertama aku ialah hari ini aku kena balik ke asrama semula. Kehidupan sebagai pelajar asrama tak akan lari. Aduh malas kalau ikutkan hati. Baik duduk rumah dari duduk kat asrama. Dahlah tahun depan berkemungkinan (tak tau lah betul ke tidak) jadi ajk asrama. As bendahari. 

Tak tau dah nak cerita apa. Nanti dari masa ke semasa aku kemas kini lah balik blog aku ni.

Ok sekian.