Assalamualaikum.. Hai lama dah aku tak ceritakan. Ok tajuk kat atas tu dah cakap pasal kerja. Kerja weh. Aku dah lah selama ni tak pernah kerja tetiba kena kerja kut. Ahhhh kat mana tu aku kerja kat kedai Rm2. Hahahaha.....Gelaklah. Panggillah aku akak kedai rm2 pun. Tak heran lah. Sebab dah biasa. Orang cakap apa alah bisa tegal biasa. Cehh gitu kau. (
senyum sumbing)
Ok, aku nak cerita sikitlah. Kerja baru nak buat dah macam-macam dugaan aku dapat. Kenal dan tahu realiti kehidupan manusia yang bermacam ragam. Kau ingat senang?? Orang ni kadang-kadang susah nak faham tau. Iyelah sebab bermacam ragamnya. Mana taknya inilah itulah. Hai naik pening tahu kepala ni. Bila tak pernah jumpa orang yang ramai macam ni mulalah rasa nak lari. Tapi sorry to said.
Kau nak lari mana beb. Tak boleh nak larilah. Nak tak nak kena hadapinya juga. Itu namanya kita belajar. Belajar kenal dunia. Kalau tak pandai hah macam akulah jadinya.
Tadi petang punya cerita. Aku kena susun barang. Tapi barang aku semua dah siap susun. Jadi kerja aku dah beres dan siap sepenuhnya. Aku apa lagi meronda jelah kerjanya. Tengok pelanggan buat apa. Kalau ada barang yang senget susunannya aku betulkan. Itulah kerja aku. Jadi ada rakan kerja aku tu minta tolong masukkan barang dalam plastik. Kira duk kat kaunterlah.
Nak dijadikan cerita ada pelanggan tu beli barang banyak. Dia minta plastik besar tapi kedai manalah ada. Dia pula macam nak marah. Dengan muka tak puas hatinya. Entah apa-apa. Hishhh sakit pula hati bila ingat balik kejadian tu.
Ok dah siap masukkan semua barang adalah dalam 5 beg plastik yang dia kena angkut. Tapo boleh pula satu makanan ringan rosak. Nak tukar. Masa nak tukar tu dia nampak ada plastik besar kat belakang. Masalah sekarang plastik besar tu ada isi kat dalam. Makanan, dan makanan tu tak muat nak susun dah kalau keluarkan pun. Tapi punyalah degil dan keras kepala manusia tu boleh dia paksa aku ambilkan plastik tu. Dahlah dengan kulit hitamnya. Muka cemberutnya. Gila ahh salah hari bulan siap aku kena dengan lelaki tu. Dan tak lupa juga dia tu agak kurang ajar. Tak pergi sekolah agaknya.
Sudah banyak kali beritahu yang plastik tak ada dia nak juga. WEH SAKIT HATI TAU. Cakap dengan orang yang TAK ADA OTAK. Adapun letak kat lutut. Kepala lutut namanya.
Lepas tu boleh puan la dia paksa aku turunkan plastik yang ada makanan tu. Aku jadi malas nak gaduh-gaduh. Tanya rakan sekerja yang lain buat macam tak tahu je. Weh agaklah aku dah lah perempuan tak kan nak biarkan kena tindas kut. Aku tak boleh nak buat apa sebab kawan aku yang jaga cashier tu cakap ada plastik besar kat atas rak. Masalahnya bila aku cari tak jumpa. Lelaki tu pula ikut aku mana aku pergi. EEEEeeeeiiiii menyampah tau.
Sekali aku bagi jelah plastik tu. Dah tak ada pilihan dah. Lepas aku pula kena marah dengan kawan sekerja aku yang baik sangat tak tolong aku tadi. Macam apa punya kawan.
Pegi daa... Malas aku layan gitu. Dah tu 2 orang pula nak bash aku. Weh aku ni perempuan yang cepat tersentuh. Nak tak nak gugur juga air mata aku ni. Air mata gugur bukan sebab sedih tapi sebab marah dan rasa malu semua bercampur. Marah sebab perbuatan lelaki yang (
tak faham bahasa) itu satu. Lagi marah dengan diri sendiri sebab bagi je plastik tu lepas tu akibatnya aku yang tanggung.
Malu sebab aku tak dapat tahan air mata ni nak gugur. Eh tak sempat gugur pun. Mengalir deras lagi macam sungai kat kampung aku tu. Hahaha iyelah tu. Nak tak nak terpaksa aku lari masuk tandas yang berbau harum.(SANGAT)...
Lepas tu aku terus diam tak cakap apa-apa pasal tu. Kawan aku tu dia tanya aku pun aku buat tak tahu je. Iyelah habis melayang pergi mood kerja aku sebab kejadian tu. Tapi nak tak nak aku paksakan juga muka ni nak kena senyum kat pelanggan. Walaupun terpaksa. Dah orang buat kita tak kan nak balas juga. Senyum dan redha jelah. Sabar dengan ujian yang Allah beri. Itu nama dia dugaan hidup. Itu baru sikit weh. Tu pun aku agak tak tahan juga lah.
Apa-apa pun aku harap lepas ni aku tak mengalirkan air mata lagi. Sebab aku ni agak cenggeng sikit orangnya. Maklumlah sekeras-keras batu kalau kena air lekuk juga. Hah macam tulah aku, Keras-keras kepala aku ni masih bertindak secara waras tau. Ok itu sahaja cerita dia. EHHH!! Lupa penamatnya yang sangat seronok. Akhirnya aku mengalah juga pergi la minta plastik besar sebab nak masukkan balik makanan yang terburai kat lantai tu. Sekali kau kawan aku yang jaga bahagian makanan tu yang susunkan untuk aku. Dia tak kata apa pun. Diam je susun makanan tu. Walaupun ruang tak ada tapi dia adakan juga. Akhirnya semua makanan tu dah tak ada kat atas lantai. Semua siap tersusun. Hahaha terima kasihlah sebab tak bising dan merungut. Sayang kau kawan. Hahaha dengar dia mampus aku.
Ok dah tamat sudah cerita hari ini. Lelahlah aku gini. Ok mata dah rabak macam apa. Esok nak kerja lagi. Jadi kena tidur awal. HUHUHU.... Awal lah sangat. Erm, ok selamat malam dunia. Assalamualaikum....
p/s: esok dapat gaji weh. baru 16 hari bekerja.. kerja pun sebab tunggu result ok.. isi masa lapang dari duk rumah goyang kaki duit tak masuk pun.