Thursday, May 5, 2016

Sahabat

Assalamualaikum.. Hai. Nak tahu sebab apa aku tulis tajuk sahabat. Sebab aku rindu sahabat-sahabat aku semua. Nukilan ini khas aku tujukan buat sahabat aku yang sudah 5 tahun bersama. Bersama di sekolah menengah. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Entahlah. Aku rasa kita dah tak macam dulu. Aku sedih. Sebab aku rasa kita dah tak sama macam dulu. Berbeza sangat. Weh sahabat aku semua kenapa boleh jadi macam ini. Kita ni kan pernah bersama dulu. Adakah lepas habis sekolah semua buat hal masing-masing. Janganlah macam ni. Aku tak suka tengok kawan-kawan ada yang meminggirkan diri. Kalau boleh aku nak wujudkan ukhwah kita bersama. Biar kita kekal bersama selamanya. Aku tahu kita masing-masing ada kehidupan sendiri tapi kan kita sahabat. Tak asalah sahabat saling tolong-menolong. Aku harap sangat nanti bila kita buat perjumpaan semula semua akan tersenyum. Bukan bejumpa dengan muka yang masam. Tolonglah ya. Kawan-kawan semua aku nak semua tahu yang aku sayang semua. Walaupun ada yang perangai buruk sikit. Tak tahu adab sikit. Tak pe asal semua yang aku kenal. Walaupun tak kenal mana selama 5 tahun ni. Oklah aku tengah emosi ni jadi nak bercerita lebih aku tak mampu. Sampai sini sahaja nukilan hati aku ni. Ikhlas tau. Tak tipu. Nak cakap aku tipu cakaplah. Tak kisah. Asal semua faham apa yang aku nak sampaikan. Aku nak yang terbaik buat kita. Dalam masa mengejar dunia akhirat janganlah kita lupa dan tinggal. Sama-sama menuju destinasi yang kekal abadi. In Shaa Allah. Dengan izin dan usaha. Kita mampu. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment