Monday, February 22, 2016

LEPAK....

Assalamualaikum.. Hai dah lama kan tak dengar ceritaku yang serba sedap ni. Haha sedaplah sangat. Ok tajuk hari ini macam best je. LEPAK.
Apa lepak? Kalau dari segi maksud pun dah tahu yang lepak tu perbuatan yang tak berfaedah dan sia-sia. Iya ke? Mana tahu lepak ni sia-sia. Haaa siapa cakap. Dengan lepak ni macam-macam kita boleh buat.

Tak percaya? Ok aku cakaplah dari kau buat benda tak senonoh kat luar tu lagi baik lepak dengan kawan kat tempat yang elok sikit la. Macam kat perpustakaan ke.  Dekat kedai makan pun ok juga. Sebab sambil makan boleh berbual bersama. Nak-nak orang macam aku ni yang sekarang memang masa banyak terluang. Maklumlah tengah menunggu result SPM yang tak lama lagi nak keluar dah tu. Hai sebut tentang result cuak juga. Tapi apa-apapun keputusan yang aku dapat redha la dengan seadanya. Mana taknya aku rasa masa SPM dulu macam main-main je lebih. Haha. Maafku pinta. Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan.

Ok balik semula soal lepak. Aku selalu lepak kat tempat kerja kawan aku. Mana taknya tempat kerja dia dekat betul dengan rumah aku. Kedai menjual perabot dari Singapura. Kedai barang terpakai. Tapi barangan dia boleh tahanlah. Aku teman dia kerja sebab aku ni tak ada kerja. Pergi kat dia duduk berbual haaaa lama tau. Cakap itu cakap ini. Cerita macam-macam.

Haaa dulu aku pernah cakap pasal kerja kan. Dah berhenti dah. Sebabnya aku penat. Serius penat jugalah sebab kena angkat barang berat. Weh aku ni perempuan agaklah nak suruh angkat benda berat. Boleh jatuh peranakan. Aiii tak sanggup. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti sahaja. Dahlah balik malam. Anak dara tak elok balik malam tau. Tak molek. Nak-nak esoknya ayah aku nak pergi kerja malas nak susahkan dia.

Jadilah aku sekarang duk tanam anggur. Haha padahal tak kerja apa pun lagi. Aku rasa bebas sikit sebab plkn pun tak dapat lagi. Entahlah dapat ke tidak. Sebab nama aku tak tersenarai pun. Harap dapat sebab tak adalah buang masa duk rumah je kan. Tapi seronok juga teman kawan kat kedai. Dia ada kwan aku ada kawan nak berbual. Tak adalah bosan sangatkan. Hai macam dah menyimpang je topik aku hari ni . Aaaaaa biarlah. Bukan selalu. Ok aku dah penat menaip setiap patah perkataan ni semua. Mata pun macam dah suruh tutup. Petang tadi tak tidur teman kawan punya pasal. Ok apa-apapun aku gembira menjalani kehidupan seharian. Dalam masa lepak-lepak tu solat jangan lupa.

Solat itukan penting. Ok. Faham..  Dah... Siap Sekian untuk kali ini . Assalamualaikum. Selama malam.

p/s: doakan kejayaan aku dengan kawan-kawan. Tak lama dah result nak keluar kan. Ahhhhhhhhhh berdebarnya...

No comments:

Post a Comment